Thursday, February 25, 2010

Tok Mukim

(Photo provided by Sdr Jabbar Salleh)

Tok Mukim Salleh, itu lah nama cembongan yang di gemari (dan di panggil) oleh penduduk2 Kampong Mesjid Lipat Kajang. Nama seorang yang cukup tegas tetapi sopan didalam menjalankan tugas beliau sebagai Tok Mukim (nama masa dulu tetapi sekarang mungkin di panggil sebagai Ketua JKKK Kampong Mesjid).

Beliau seorang yang peramah, yang suka bergaul dengan sanak saudara, yang murah hati yang selalu perhatin di atas hal2 anak kampong jagaan beliau terutama sekali dalam hal harta dan hal2 geran tanah. Beliau juga seorang yang 'alim, yang menumpukan penoh perhatian kepada hal2 mesjid, yang terletak berhampiran dengan rumah beliau.

Seorang yang mencintai family beliau, anak2 beliau di beri perhatian penoh tentang pelajaran, dan seorang yang pertama mengalak kan anak2 beliau pergi belajar ke sekolah Inggeris. Mungkin sebelum itu ada orang lain, tidak lah di ketahui dengan jelas.

Di masa Dharurat pada tahun2 48 hingga kira2 60 an, beliau telah berusaha mejaga keselamatan kampong di bawah jagaan beliau. Di masa orang2 kampong berjaga jaga di rumah penghulu pada akhir2 tahun 40 an hingga 50 an, beliau sangat lah mengambil berat tentang kebajikan mereka yang berjaga jaga itu. Malah keselamatan beliau sendiri pun terancam oleh pehak musuh tetapi beliau maseh menjalankan tugas beliau dengan penuh dedikasi dan jujur.

Ini adalah pada ingatan saya saja. Yang maseh teringat ingat di otak saya ia lah beliau ke hulu ke hilir (berseluar pendek bukak betis besar hingga ke bawah lutut) di kampong dengan senapang patah beliau untuk mencari dan menembak tupai.  Alasan nya .... tupai makan buah buahan di kampong terutama sekali buak kelapa.

Seorang yang telah berjasa kepada Kampong Lipat Kajang, dalam kenangan.

(A family loving person who has served Kampong Lipat Kajang as the head of a small area in the kampong, dedicated his life to his duties, looking after the safety and the welfare of the folks under him, looking after the safety of the Penghulu, the kampong headman, during the 1948 - 1960 Emergency period, his own safety was also threatened. This write up is made in his memory)





No comments:

Post a Comment